PROFIL KELAB

LATAR BELAKANG
Pasukan Bola Sepak ini merupakan pasukan gabungan dari pelajar-pelajar pelbagai kursus yang ditawarkan di KPTM Alor Setar. Mereka mula bergabung selepas selesai program orientasi sesi 2009/2010 dengan membentuk satu pasukan bagi menyertai pelbagai kejohanan dan perlawanan persahabatan. Peningkatan ditunjukkan dalam setiap perlawanan yang disertai. Namun begitu,ketiadaan pengurusan yang mantap,pengurusan jadual dan masa perlawanan di samping kekurangan dana kewangan,pasukan ini bergerak dengan inisiatif sendiri dengan mengeluarkan wang masing-masing untuk makanan dan minuman pemain,pembelian jersi dan perubatan bagi pemain yang cedera.
Di samping itu,pasukan ini mengharumkan nama KPTM Alor Setar dengan membawakan nama KPTM dalam setiap perlawanan yang disertai. Ini sekaligus menjadikan KPTM Alor Setar di kenali umum terutama dalam daerah Kota Setar dan daerah-daerah berhampiran. Diharapkan kertas kerja ini mendapat pertimbangan dan kelulusan dari pihak pengurusan. Kerana bertitik tolak dari suntikan kewangan ini menjadikan pasukan ini mantap baik dari segi pengurusan,kewangan sekaligus meningkatkan prestasi pemain.


OBJEKTIF 

Objektif utama adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai tatacara pengurusan,pentadbiran dan pengurusan masa pasukan,di samping meningkatkan persefahaman sesama pelajar dalam memastikan pelajar sentiasa mempunyai sahsiah dan peribadi terpuji.

Selain itu untuk mendedahkan pemain kepada saingan liga kompetitif tempatan yang sebenar,dengan beraksi dalam liga yang diadakan. Sebagai contoh,KPTM bermain di dalam Liga Institut Pengajian Tinggi ( LIGA IPT ) Liga Kedah( LIGA K) Piala Nike,Cabaran 100Plus dan banyak lagi kejohanan-kejohanan tempatan yang boleh disertai. Selain membawa imej positif dan berwibawa KPTM,sekaligus menjadikan kita sebagai IPTS pertama aktif dalam pelbagai bidang dan lapangan. Dengan menjadikan bidang sukan sebagai platform menonjolkan pelajar-pelajar kita ke tahap lebih baik dan professional.


STATISTIK PERLAWANAN.

1.       STATISTIK PERLAWANAN

KPTM ALOR SETAR VS KOTA SETAR FC ( PADANG WISMA DARUL AMAN )
HOME
KEPUTUSAN : KPTM 3 KOTA SETAR 1
PENJARING : Ikmal Fariq 2 gol Shafiq 1 gol

KPTM ALOR SETAR VS SALA FC ( PADANG SALA FC DAERAH YAN )
AWAY
KEPUTUSAN : KPTM 3 SALA FC 0
PENJARING: Syafiq Misbon ( Hatrik )

KPTM ALOR SETAR VS RTM ( PADANG RTM JALAN KUALA KEDAH )
AWAY
KEPUTUSAN: KPTM 4 RTM 1
PENJARING: Ikmal Fariq 1gol,Shafiq 2 gol, Khairul Anuar 1gol

KPTM ALOR SETAR VS JABATAN PENJARA MALAYSIA ALOR SETAR( PADANG PENJARA)
HOME
KEPUTUSAN: KPTM 5 PENJARA 1
PENJARING: Ikmal Fariq 3 gol. Shafiq 2

KPTM ALOR SETAR VS TAMAN UTAMA FC ( PADANG WISMA DARUL AMAN)
HOME
KEPUTUSAN: KPTM 2 TU 2
PENJARING : Khairul Anuar Yusof 1 gol Shafiq Zuber 1 gol

KPTM ALOR SETAR VS PKNK(PADANG MBAS)
AWAY
KEPUTUSAN: KPTM 3 PKNK 2
PENJARING: Khairul Anuar 3(hatrik)
PROGRAM JUARA RAKYAT FELDA SUNGAI TIANG.
KPTM ALOR SETAR VS BUKIT FC
AWAY
KEPUTUSAN: KPTM 3 BUKIT FC 1
PENJARING: Ikmal Fariq,Shafiq

KPTM ALOR SETAR VS TITI AKAQ FC
AWAY
KEPUTUSAN: KPTM 1 TITI AKAQ 0
PENJARING: Bushra Naim

KPTM ALOR SETAR VS SILAT SG TIANG FC
AWAY
KEPUTUSAN: KPTM 3 SILAT 2
PENJARING:Ikmal Fariq,Syafiq Misbon,Khairul Anuar
KPTM ALOR SETAR layak ke peringkat separuh akhir kalah mati Kejohanan Bola Sepak sempena Program Juara Rakyat UMNO/BARISAN NASIONAL di Felda Sungai Tiang.

PERINGKAT SUKU AKHIR KALAH MATI.

KPTM ALOR SETAR B VS SG TIANG ALL BLUES
AWAY
KEPUTUSAN: KPTM 3 SGTAB 3
PENENTUAN PENALTI : TERIKAT 5-5
Pemenang ditentukan melalui lambungan syiling yang berpihak kepada lawan.
KPTM ALOR SETAR B terpaksa berpuas hati dengan keputusan ini.

KPTM ALOR SETAR A VS BATANG PADANG FC
AWAY
KEPUTUSAN: KPTM 4 BPFC 4
PENENTUAN PENALTI: TERIKAT 5-5
KPTM ALOR SETAR melayakkan diri ke separuh akhir apabila pasukan lawan dinafikan hak apabila didapati menggunakan pemain yang telah digantikan bagi mengambil sepakan. Secara automatik KPTM layak ke separuh akhir.

               
PERINGKAT SEPARUH AKHIR.
KPTM ALOR SETAR menarik diri dari peringkat separuh akhir mengambil kira kecederaan serius beberapa pemain utama pasukan yang memaksa kita menarik diri dari mengambil sebarang risiko.


CIRI-CIRI PASUKAN KPTM KEDAH

JERSI PASUKAN.
Pasukan ini tidak mempunyai jersi yang bersesuaian. Yang digunakan adalah jersi yang lama yang sudah digunakan. Kami memohon agar jersi diperuntukkan bagi persalinan sebagai HOME dan sepersalinan lagi bagi AWAY.

  WARNA RASMI PASUKAN.
Pasukan ini akan menggunakan secara rasmi jersi bertemakan warna korporat KPTM iaitu merun dan kelabu. Bagi jersi HOME,warna merun. Dan bagi jersi AWAY warna Kelabu.
PENYOKONG.
Warna merun dan kelabu sebagai tema.

PEMAIN
Merupakan pelajar-pelajar yang sah berdaftar dengan KPTM Alor Setar. Ini termasuklah PENGURUS pasukan.

BUDAYA PASUKAN.
Mengamalkan permainan “fair play” dan mencuba sedaya upaya untuk meraih kejayaan.